Resepi pai ayam

Assalamualaikum....malam niy aku nak tunjukkan satu resepi  yang begitu menyelerakan perhhh....best tau makan petang2 sambil santai bersama keluarga..aku sarankan korang cuba la buat sbb resepinye simple je...so boley la mak korang cakap "wah anak dara aku dah pandai masak la" tapi kalau korang dgr mak korang ckap cmtu jgn tertukar plak garam n gula kat dapur tu ..~ngeee
ok  niy gambar die menyelerakan tau..



tapi yang korang buat mesti lebih sedapkan dari gmbar tu...sbbnye korang buat dengan susah payah n dah penat2 buat tuh org puji sedap la..pandai ko buat...mesti ilangkan rase penat tu..so here we go niy resepi turun temurun nye..huhuhuhu

CARA-CARA:
(Bahan kulit pai)
  • 200 gram marjerin
  • 2 biji kuning telur
  • 450 tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 6 sudu teh air sejuk

(Bahan Inti)
  • 300 gram isi ayam (potong kiub dan goreng)
  • 500 ml susu segar
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 100 gram bawang besar
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 2 helai daun salam
  • 1 tin cendawan butang (potong kiub)
  • garam secukup rasa


CARA MEMASAKNYA:
  1. Untuk membuat kulit pai, pukul marjerin dengan kuning telur sehingga kembang
  2. Masukkan tepung dan garam.Uli doh sehingga lembut.
  3. Masukkan air sekiranya perlu.Bungkus doh dan rehatkan selama 30 minit.
  4. Kemudian canai dan letakkan kedalam acuan pembakar.Bakar sehingga kekuningan.Ketepikan.
  5. Panaskan sedikit minyak didalam kuali,Tumis bawan sehingga wangi
  6. Selepas itu masukkan cendawan dan Tepung.Gaul rata.
  7. Masukkan susu segar dan garam secukup rasa.Perlahan api dan kacau selama 4minit.
  8. Apabila sudah pekat,masukkan daun salam,serbuk lada dan ayam goreng tadi.Gaul adunan susu tadi.
  9. Masukkan inti kedalam patri tadi. tutupkan bahagian atasnya dengan lapisan doh yang lain.Cucukkan dengan garpu,sapukan atasnya dengan telur dan bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
  10. Siap..dihidangkan :)
SeLamAt MenCuBa SumE rAkaN BloggEr ye...

    No comments: