Air Pasang 7 Jam di Pantai Bachok n Pcb kelantan...

Assalamualaikum sume...yach tgh hari yang indah..mood pom ok da xmacam semlm...korang,korang terdengar x tentang Ombak besar yang melanda di terengganu n kelantan?? subhanallah ape nak jadi dgn dunia sekarang niy...ya allah tolongla selamatkan bumi ini dari segala bencana..
niy aku ade sikit artikel sal air pasang selama 7jam di Pantai Cahaya Bulan (PCB) kota bharu,kelantan..

Air pasang tujuh jam 

KOTA BHARU - Lebih 40 keluarga di pesisir pantai Bachok dan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini terpaksa bersengkang mata apabila rumah mereka digenangi limpahan air laut selama tujuh jam berikutan fenomena air pasang besar diikuti ombak besar.

Di Bachok, kawasan yang terlibat ialah Kampung Pantai Damak, Kampung Perupok, Kampung Kubang Golok, bandar lama Bachok berhampiran Pantai Irama, Kampung Tok Burung dan Kampung Tanjung Chat.

Sementara itu, beberapa kawasan riadah di PCB turut musnah dipukul angin dan ombak besar dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 malam.

Seorang penduduk Kampung Kubang Golok, Ahmad Azim, 39, berkata, kejadian ombak besar itu merupakan kali pertama dalam hidupnya sepanjang menetap di kampung tersebut sejak 10 tahun yang lalu.

Katanya, penduduk mula bertindak menyelamatkan barangan penting dalam rumah masing-masing sebaik sahaja limpahan air masin mengalir masuk menerusi ruang dapur rumah mereka.

”Mengikut cerita orang tua, ini kali kedua fenomena ini berlaku sejak 63 tahun dan kali ini lebih besar berbanding pada tahun 1948,” katanya.

Menurutnya, angin kencang dan ombak besar bermula pada jam tujuh malam yang menyebabkan limpahan air masin sedalam di antara 0.2 hingga 0.4 meter masuk kediaman penduduk setempat.

Peniaga di PCB, Hafi Abd Rahman, 29, berkata, sebelum ini fenomena angin dan ombak melanda sejak dua hari yang lalu, namun tidak menyangka ia sebesar apa yang berlaku malam kelmarin.

“Penduduk pesisir pantai yang biasa menghadapi masalah tiupan angin kencang ini sudah membina pengadang angin menggunakan susunan daun kelapa namun terjahan kuat menyebabkan usaha mengurangkan gegaran ini gagal,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian pada jam 1 pagi mendapati sebahagian besar penduduk bandar Bachok berkumpul berhampiran pusat peranginan Pantai Irama menyaksikan ombak besar.

sumber dari :


Oleh : MOHD ZAILANI ABD RAHMAN & ROSMIZA KASIM
Tarikh : December 27, 2011

wasslam..

No comments: