Datuk Siti All Out Dalam Glam Isu Januari

Assalamualaikum sume...cerita hangattt!! DatO' siti jadi cover depan majalah Glam la...Ala-ala Madonna gitu...cantek sgt2...so lau korang nak tau lebih lanjut jom baca artikel kat bwah niy..:D 

KUALA LUMPUR, 23 DISEMBER 2011: Sudah sekian lama tidak menghiasi muka depan majalah fesyen dan gaya hidup Glam, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza membenarkan dirinya menjadi tarikan untuk isu Januari 2012.

Jauh berbeza daripada daripada biasa, majalah Glam telah berkongsi kegembiraan bersama portal murai.com.my bercerita perihal selera fesyen mustika hati kegemaran ramai itu tanpa melanggar prinsip fesyen peribadinya.

Empat visual terkini Datuk Siti dirakamkan menjadi tatapan semua bagi menghiasi 12 halaman muka surat majalah Glam, bersandarkan tema ikon muzik terkenal, Madonna.

Datuk Siti menjelma menjadi Madonna, sebagaimana album terhebat diva antarabangsa berkenaan, Material Girl, diikuti inspirasi dari album Rain dan juga berubah sebagai wanita Jepun seperti yang pernah dilihat menerusi klip videp Nothing Really Metters.

Siapa sangka, dalam pada Datuk Siti sering ke hulu ke hilir dengan gaya scarf, penyanyi All Your Love itu berubah menjadi karektor Mickey Mouse seperti yang pernah tercerna menerusi potret ikonik rakaman jurugambar hebat, Herb Ritts.

Pengarang atau Editor Glam, Suzie Adnan menulis kepada kepada portal murai.com.my, bahawa Datuk Siti amat menitik beratkan imejnya yang berselendang dan bergaya mengikut kesesuaian majlis.

Katanya, sewaktu penggambaran muka depan majalah berkenaan, Datuk Siti begitu terperinci mengenai cara pasukan kreatif majalah Glam menata gayanya khususnya dibahagian kepala atau rambut.

"Untuk cover Glam, Datuk Siti dipakaikan rambut palsu sepenuhnya malah masih memakai serkup di bahagian belakang kepala.

"Efek grafik dan pencahayaan membuatkannya nampak seakan tidak melitupi langsung rambut. Siti juga tidak memerangkan rambutnya untuk penggambaran ini," katanya yang telah berkongsi rahsia tentang penggambaran berkenaan.

Katanya, idea kreatif transformasi Madonna datang sepenuhnya dari Glam, bagaimanapun itu tidak bermakna Siti berniat menjadikan Madonna sebagai rujukan imej atau muziknya.

Selain tranformasi menarik itu, Datuk Siti turut berkongsi rahsia selera fesyennya yang semakin gemarkan himpunan koleksi Chanel.

Memasuki 2012, dia sudah merencana untuk meluaskan empayar perniagaan kecantikannya, Simplysiti yang mungkin memiliki bangunan sendiri serta keinginannya membuka spa kecantikan untuk semua wanita di luar sana.

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my
Twitter:@Detektif Stailista
Foto oleh Blue Inc Malaysia
Kredit: 

No comments: