Resepi kek lapis ala bollywood

Assalamualaikum...hari niy aku rase nak kasi korang resepi la...Resepi kek lapis ala bollywood gitu ngee~
okey kalau korang rase berminat je nak buat korang tgk step2 yang aku bagi special tuk pembaca2 blog aku sekalian hehehehehehee...


BAHAN-BAHAN

  • 500 gram mentega 
  • 200 gram gula halus
  • 250 gram tepung hong kong
  • 10 biji telur
  • 1 sudu makan ovellete
  • 10 sudu makan susu manis 
  • 100 gram horlicks
  • 50 gram kaya 
  • 1 sudu teh peras vanilla
  • 1 sudu teh pewarna coklat
  • 1 sudu teh pewarna merah
  • 1 sudu teh bewarna hijau 
  • 1 sudu teh pewarna kuning
  • 1 sudu teh perisa coklat
  • 1 sudu teh perisa strawberri
  • 1 sudu teh perisa pandan
CARA-CARA MEMASAKNYA

  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang
  2. Pecahkan telur satu persatu dan teruskan memukul lagi
  3. Masukkan susu,perisa vanilla dan ovellete dan kacau sebati
  4. Masukkan horlicks,kaya dan tepung hong kong. Gaul sebati
  5. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian
  6. Satu bahagian campuran warna coklat dan perisa coklat, satu bahagian warna merah dan perisa strawberri, satu bahagian warna hijau dan pandan serta satu bahagian lagi bewarna kuning
  7. Sediakan loyang 8X8 inci dan bakar lapisan demi lapisan secara berselang-seli hingga ke akhir lapisan.
INFO BAKERI>> Pastikan setiap sudu lapisan dianggarkan dalam 9sudu makan adunan dan menggunakan suhu api mengikut kepanasan oven iaitu 200°C

No comments: