Resepi kek teddy bear

Assalamualaikum sume...
hari niy dengan penuh semangatnya aku dapat ilham nak bagi resepi yang menarik untuk korang iaitu kek teddy bear...kek niy sesuai tuk meraikan bezday kanak2 yang kita sayangi... nak tgk resepinya okeyh...tgk kat bawah...


niy die rupa kek teddy bear yang comel...rase terliur plak...hehehehehehehe

Bahan-bahan:
(Untuk kek span vanilla) 

  • *140 gram tepung gandum
  • *20 gram tepung jagung 
  • 130 gram mentega (dicair)
  • 150 gram gula halus
  • 6 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil ovalet
P/S: yang dibuat  (*) dicampur bersama
(Untuk krim mentega)

  •  200 gram mentega 
  • 200 gram krim well
  • 180 gram gula aising
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar coklat emulco

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA..
(Cara penyediaan Kek Vanilla) 

  1. Untuk membuat kek,Putarkan telur bersama-sama gula halus hingga kembang dan putih
  2. Masukkan aising vanilla dan ovalet dan putarkan lagi sehingga sebati
  3.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul perlahan-lahan
  4. Akhir sekali, baru dimasukkan mentega cair dan dikacau hingga rata.Tuangkan ke dalam acuan berbentuk teddy bear dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180°C sehingga masak.
(Cara membuat krim)
  1. Masukkan kesemua bahan kedalam pemutar dan putarkan hingga kembang dan berkrim
  2. Biarkan kek betul-betul sejuk sebelum dihiaskan dengan krim tadi menggunakan nozel khas untuk membuat bulu.


No comments: