Assalamualaikum...pejam celik pejam celik rupanya dah besar aku...umo dah 16taun lpas niy dah nak keje n lpas xtau la aku dapat update ke x blog aku niyh..sbb esok lau xde ape2 aku akn pergi mendaftarkan diri ke SMV Bachok...so aku rase sedih la pulak sbb nye aku kena tinggal mami,ayah,keluarga,kawan2 n cikgu..tapi mami aku ade cakap
"akak pergi sana bukan untuk enjoy tapi untuk belajar kawan2 nanti bile dah berjaya bolehla akak buat reunion balik time tu sume dah keje mesti happy la time tu tau akak"
aku pom senyap betul juga apa yang mami aku cakap tu..jadi esok ape pom aku mesti pergi daftar n BELAJAR!!! jgn main2..
ok berbalik pade tajuk asal disebabkan aku dah nak pergi kan aku pom duk la cari2 ayat yang boley aku hafal n byk khasiatnya kerana lepas niy mami n ayah aku dah xboley tolong aku kat sana semua bergantung pada yang maha esa je..time aku duk godek2 tu aku pom jumpa la ayat yang selalu kita baca dalam solat rupa2nya byk betul khasiatnya...iaitu Ayat Al-Fatihah subahanallah...By the way lau korang nak tau ape khasiatnya bace sampai habis ye...
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran ” Juga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: ” Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkan dalam bacaannya.” dan ” Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.”
Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hariselama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak. Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ diwaktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan Mu’awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t. maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya. ·
Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah . Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya. ·
Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:
“Ya Allah , sesungguhnya aku mohon kepada- Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku….. ……” ·
Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t. bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
“Ya Allah , sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmat Mu , kurnia- Mu dan rezeki- Mu . Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezeki Mu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada- Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati…. ….”
Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab ‘Qaddasallaahusirra h u’ : “Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t. ” · Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali. ·
Ikhtiar mengubati penyakit : Baca Surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh. · Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada sisakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh. ·
Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t. ·
Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala:
Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh. ·
Mengubati sakit gigi dan lain-lain:
Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:
“Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi- Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi- Mu “. ·
Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:
“Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi- Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi- Mu “. Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun).”
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
“Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:
Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu. ·
Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali. · Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
” Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang.” · Lalu mengucapkan ” Yaa Rabbi ” sebanyak 5 kali. ·
Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:
“Ya Allah sembuhkanlah, Engkau lah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkau lah yang menyihatkan”.
wahai kawan-kawan bloggerku semua jangan lupa amalkan ye...terangi hidup anda semua dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T...supaya kita akan selalu berada di jalan yang benar...Amin..sebelum aku mengundurkan diri dan seterusnya menamatkan entri aku buat kali ini aku nak bagitau korang semua mgkin lepas niy aku takkan update dah blog aku niyh..jadi aku mohon maaf ye semua..tapi aku janji jika ade mase time cuti aku akan update..akhir kata aku sayang kamu semua..=D
wasslm.
No comments:
Post a Comment