Kau pilihan hatiku..

Assalamualaikum...korang perasan x tajuk yg aku kasi kat atas tuh "Kau Pilihan Hatiku"...
what?? 
aziha daaa ade calon ke???
sape2 ce cite ce cite nak tau gakkk...
ok2 sabar.. nanti aku kasi tau ye...bagi suspense dulu kat korang biar korang tertanya2...

Okeyh here we go...lOok down
-
+
-
+
-
+
-
+
ia ialah aliran yg mau aku pilih taun depan la...aku sudah buat keputusan untuk masuk ke sekolah teknik dan amik aliran Elektrik/Elektronik...sbb semalam ayah aku ckp yang bidang yang aku amik n isi ai tu xde byk peluang pekerjaan (Katering)...ade tu ade cuma ia xde kerja kerajaan...so aku pom pikir n ayah aku suggestkan amik bidang Elektrik/Elektronik...aku pom ckpla kat ayah aku

"ayah akak dah pilih n isi la permohonan ke sekolah teknik tuh esok (sabtu) keluar la keputusannya samaada layak ur x"

pastu ayah aku pom ckap

"xperw kawan ayah boleyh ejaz akak masuk sekolah tu,sekolah yg ayah belajar dulu"

ok..pom cakp

"ok..la cuma akak nak tgk subjek ape yg perlu kita ambil"

lps tu aku pom cuba try bukak internet n sekali gus godek2 sal sekolah teknik n subjek yg bakal aku amik.
tgk2 alamak!!! ade matematik tambah....dah la aku blurrr math...tapi ayah aku ckp 

"sume susah kak,yg kite perlu usaha je,beljar rajin2"

pas aku dgr tu meremang plak bulu roma aku...takut jadinya..tapi ayah n mami akak janji akan bljar bersungguh2...Insyallah ayah n mami boleyh pegang janji akak tu...

ok ...hanye ini yang mau aku tulis..nak tulis panjang2 rase pening plak sebab sekarang aku xbrape sihat ngn selesamanye..rase pening kepala...ok uolss aku nak rehat jappp...seen u in next entry..


Jom layan Ombak rindu Full movie..

Assalamualaikum...jwab jgn xjwb hehe...malam niy aku nak cite skit tentang aku hehe bukan tentang dhia tau...ok 4your informationkanla kat kelantan niy panggung wayang pom xderk...so ape2 cite yang bakal out kat box office kitorang memng xboley tgk..so aku pom tadi duk selongkar kat google pom jumpa la full movie 4ombak rindu..actually cmni aku dah nak beli DVD ombak rindu kat shopping complexx (Kb mall)ai tu pastu ayah aku pom cakap nak DvD ur Novel ombak rindu?? pilih yg mna satu...aku pom aduhhh xtau niy nak pilih yg mna satu.. Novel ombak rindu time tu aku orang yg terakhir dapatkannya...dapat tapi xbyr lagi..haha! so sbb tu la ayah aku suh pilih antara dua bnda niy...aku pom pikir2 lau aku amik Dvd rugi plak sbb internet kat rumah ade yg xderxx,yang xboleh bace on9 novel so last2 aku pom belilah novel lebih feeeeel skit...huk3
ape2 pom yg niy aku bagi korang layannn n share la tapi jgn lupa lau nak letak dlm link korang tolong  kredit nama aku ye...:D 
Full muvee niy hanye untuk orang yang xtgk lagi la...org yang dah tgk tapi nak ulang tayang lagi tgk la..."aiman xkisah":) tapi lau korang nak cakap ape2 pom ckap la aku xkisah korang mesti ckap"ala ko niy cite dah basi sume daa tgk" aku xkisah la...sape xnk tgk pergi main jauh2...



ny la die...tgk ye pade sape yg senasib ngn aku niy...huk3..lau nak download korang download la with real player ur whatever lau xpandai download kasi tau aku ajarkan...xsah malu2 kucing plak ye...haha!..:)

ok juz this 4this night...bye2...love u all..

Segmen : Up Traffik Sempena Akhir Tahun!

Hello!! anybody home?? opss lupa Assalamualaikum....he3
korang aku nak masuk segmen lagi la...hehehe yg semalam aku ckap last tu sbb aku xtau la plak ade segmen baru lagi..huk3
Jgn marah ew?? :D ok.here aku nak masuk niy sbb hati aku niy tiba2 je "tergedik" nak masuk segmen niy so apa yang aku tunggu lagi terusss je ringan tangan menaip nak join segmen niy..XD

Here we go...jom la korang kite masuk segmen niy...lau korang nak masuk macam biasa juz tekan banner tuh smpai direct kat tuan blog segmen  niy...huk3 lebih cepat dari naik flight tau...hohoho:)
niy kat bawah niy ade syarat2 nye...tapi aku bagi skit je lau nak lebih2 tekan banner tu..hu3

Cara untuk sertai segmen ini :
1.Follow this blog.
2.Buat Entri :
-Tajuk entri "Segmen : Up Traffik Akhir Tahun!".
-Letak Banner dalam entri dan link kan ke sini.
-Tag 2 Orang Rakan dan Pasti kan mereka tahu!.
-Publishkan entri tersebut.
-Tarikh Tutup 30/12/2011!
selebihnya korang tgk la sendiri ye!..ok bye2.. 

aku mau Tag 2orang gadis yang cun la..

segment: u follow i, i follow u

Assalamualaikum...pada ai niy,malam niy,saat niy aku nak masuk segmen yang terakhir b4 aku balik sekolah n sbb follower aku dah low sgt buat beberapa hari niy(xmeningkat)...ok xsah byk ckap aku nak masuk segmen niy..kat bwah niy ade banner cumill so korang nak join sekali bulih la klik je kat banner niyh okeyh??


syarat-syarat nye ialah...
Letak banner diatas dalam post korang dan caption 'jom join ramai-ramai'
Tittle post mestilah 'segment u follow i, i follow u'
U follow blogger yg join segment ni then that person wajib follow u semula.(baru adil)
Tag dua orang yang bertuah and let them know about this segment.
Finally copy link dan letak link ni dalam post korang ye.
http://areenthemonster.blogspot.com/2011/12/segment-u-follow-i-i-follow-u.html

Ok juz this...n b4 terlupa aku nak tag 2orang yang comel :

*!!..✿ Eiqa Azra ✿..!!
*!!..✿iedaa ✿..!!

bye2..

Air Pasang 7 Jam di Pantai Bachok n Pcb kelantan...

Assalamualaikum sume...yach tgh hari yang indah..mood pom ok da xmacam semlm...korang,korang terdengar x tentang Ombak besar yang melanda di terengganu n kelantan?? subhanallah ape nak jadi dgn dunia sekarang niy...ya allah tolongla selamatkan bumi ini dari segala bencana..
niy aku ade sikit artikel sal air pasang selama 7jam di Pantai Cahaya Bulan (PCB) kota bharu,kelantan..

Air pasang tujuh jam 

KOTA BHARU - Lebih 40 keluarga di pesisir pantai Bachok dan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini terpaksa bersengkang mata apabila rumah mereka digenangi limpahan air laut selama tujuh jam berikutan fenomena air pasang besar diikuti ombak besar.

Di Bachok, kawasan yang terlibat ialah Kampung Pantai Damak, Kampung Perupok, Kampung Kubang Golok, bandar lama Bachok berhampiran Pantai Irama, Kampung Tok Burung dan Kampung Tanjung Chat.

Sementara itu, beberapa kawasan riadah di PCB turut musnah dipukul angin dan ombak besar dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 malam.

Seorang penduduk Kampung Kubang Golok, Ahmad Azim, 39, berkata, kejadian ombak besar itu merupakan kali pertama dalam hidupnya sepanjang menetap di kampung tersebut sejak 10 tahun yang lalu.

Katanya, penduduk mula bertindak menyelamatkan barangan penting dalam rumah masing-masing sebaik sahaja limpahan air masin mengalir masuk menerusi ruang dapur rumah mereka.

”Mengikut cerita orang tua, ini kali kedua fenomena ini berlaku sejak 63 tahun dan kali ini lebih besar berbanding pada tahun 1948,” katanya.

Menurutnya, angin kencang dan ombak besar bermula pada jam tujuh malam yang menyebabkan limpahan air masin sedalam di antara 0.2 hingga 0.4 meter masuk kediaman penduduk setempat.

Peniaga di PCB, Hafi Abd Rahman, 29, berkata, sebelum ini fenomena angin dan ombak melanda sejak dua hari yang lalu, namun tidak menyangka ia sebesar apa yang berlaku malam kelmarin.

“Penduduk pesisir pantai yang biasa menghadapi masalah tiupan angin kencang ini sudah membina pengadang angin menggunakan susunan daun kelapa namun terjahan kuat menyebabkan usaha mengurangkan gegaran ini gagal,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian pada jam 1 pagi mendapati sebahagian besar penduduk bandar Bachok berkumpul berhampiran pusat peranginan Pantai Irama menyaksikan ombak besar.

sumber dari :


Oleh : MOHD ZAILANI ABD RAHMAN & ROSMIZA KASIM
Tarikh : December 27, 2011

wasslam..

Serabuk + Bengang + Pening..

Serabuk + bengang +pening!!!! tiap mase aku rase cmtu....nape...nape dan nape aku jadi cam org giler niy hah!!?? aku pom xtau mybe ramai yang masuk campur dalam mengatur masa depan aku,aku pulak jenis yg xboley dipaksa2..serabukkk nye aku...
Bxpo eh sumo ore xpehe aku...aku pening doOh doh loniey...
ikut aku la aku nok masuk koloh teknik pom...Mami aku suh sembhyng Isthikarah dah aku buat cuma petunjuk tu je xdtng lagi..so ape2 pom aku xboleyh menyerah....dan ape2 yg terjadi aku mesti berani amik risiko..mood hari rase xderx la sbb kan sume fmily aku masuk cmpur hal niy...macam la diorang yg nak sekolah...die xrase sbb die xsekolah aku niy hah!! yg sekolah yg akan tanggung ape yang akan terjadi pade msa akan datang..niy keputusan aku!!! mami n ayah akak minx maaf jika ada menyakitkan ati mami n ayah tapi kakak xnakk balik sekolah asal...XNK!!!
malam niy akak akan bangun lagi untuk smbhyang isthikarah untuk minx petunjuk pade allah jika benar sekolah biasa ialah mase depan kakak..kakak turut je mami..akak tau mami,ayah n org lain nak yg terbaik untuk kakak tapi kakak xnak 6ti xpasl2 ape yang dikendong berciciran ape dikejar xdapat..kasihan la kat anak mami niy...anak mami niy daa pening giler2 tahap baboon daa...nak tidow pom xlena...bebrapa hari lagi skolh daa nak bukak...aku harap belas kasihan para blogger sume...jalan mana harus aku pilih samaada sekolah teknik atau sekolah biasa beraliran sains..tolong sgt aku merayu-merayu gilerr...
sbb aku daa xtau nak buat ape..sorng ckp tu..sorang ckp niy...aku xtau nak dgr ckp sape dah...pening,streeess lau aku niy mengandung bulih gugur anak dalam kandungan sbb terlmpau stress..Ah! lantakla ape nak jadi...dah bengang dah niy...sampai sini jela entri aku yang serabukk niy...

PS: sori sbb aku guna perkataan kasar lam niyh..sbb hati aku dah xboleyh lapang dah duk sesak je memanjang...sori again...




.................................................



Scha Dan Awal Bakal Berkahwin Sekitar Mac-Jun Tahun 2012

Assalamualaikum..ai niy aku nak kongsikan sikit cite sal perkembangan artis kite iaitu scha dan awal...korang tau selepas pengumuman perkahwinan Yusry dan Lisa Surihani, ramai yang ternanti-nanti bilakah satu lagi pasangan merpati dua sejoli iaitu Scha dan Awal akan mengumumkan tarikh pernikahan mereka. Untuk makluman, awal tahun dahulu Scha pernah memberitahu yang mereka berdua akan bergelar suami isteri pada hujung tahun 2011. Nampaknya hajat tersebut tidak kesampaian.


Dan yang terbaru, melalui BiPop semalam, Scha mengakui yang dia bakal mendirikan rumah tangga bersama Awal sekitar bulan Mac sehingga Jun 2012. Namun ini semua bergantung kepada kekosongan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kerana mereka hanya akan melakukan majlis perkahwinan di situ. Kata Scha:-

Time frame yang kami berikan kepada PICC adalah sepanjang Mac hingga Jun depan.Justeru, saya tak berani mengesahkan tarikh sebenar bila kami nak kahwin, kena tunggu tarikh yang betul-betul sesuai, terutama musim cuti persekolahan atau cuti umum sepanjang Mac hingga Jun ini
Dan Scha juga memaklumkan yang dia masih tidak membuat apa-apa persiapan dan tidak tahu apa-apa tentang penyiaran ekslusif perkahwinannya kelak:-

Desas-desus yang mengatakan Astro akan mendapat hak penyiaran eksklusif perkahwinan kami menjelang Februari depan, itu tidak benar.Mungkin akan ada pasangan artis lain yang berkahwin Februari depan dan Astro bakal menyiarkan majlis persandingan mereka, itu saya tidak tahu. Tapi saya dan Awal tak mungkin, PICC belum beri tarikh, katering tak ada lagi, kursus kahwin pun tak pergi dan baju kahwin pin tak tempah lagi. Kononnya ada sumber daripada pereka fesyen pakaian pengantin dah pecah lubang memaklumkan saya dan Awal memang bercadang memilih Februari untuk bernikah, tolonglah panggil pereka fesyen itu, siapa yang beritahu! Saya hanya akan buat baju sekiranya dah dapat tarikh yang sesuai dari PICC.


Harap-harap Scha dan Awal akan dapat tarikh cepat-cepat daripada PICC. Kalau boleh dalam bulan Mac lagi cantik. Bulan Februari Lisa dan Yusry kahwin, bulan Mac Scha dengan awal pulak. Meriah industri hiburan kita. Tak gitu? Apa-apa pun semua doakan agar segala persiapan perkahwinan anda akan berjalan dengan lancar nanti.bye2..
kredit:
(Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia )

JoM TengOk jikA anDa seOrang Muslim SEjatI..

Assalamualaikum..korang ai niy rase stresss x?? lau stress jom kite cuba tgk bnde kat bwah niy lau betol2 kite seorang muslim pasti kite akan nampak ape yang tertulis kat dalam gambar hitam putih kat bawah niy...ok jom kite tgk..SebelOm tu baca lu arahan kat bwah niy..

♥ Jom Kite Uji Mata kita ♥
1. Julingkan Mata Anda..
2. Tengok Di Gambar Betul2
daa?? adakah anda seorang muslim?? lau ye jgn lupa komen ye..ape yg anda nampak..Subahanallah...
okeyh ..Wassalam:)

KISAH 1# :PENGORBANAN SEORANG KEKASIH

Assalamualaikum...korang tau x tetiba je aku niy dapat idea nak kumpulkan tentang pengorbanan cinta kekasih..aku pom xtau nape hati aku terdetik nak kumpulkan cite cam gini..ape2 pom niy cite yg pertama...yg  aku nak tujukkn kat korang...samaada korang pernah baca atau pom x..jom kite layannn je..sedeyyh..tapi aku terharu dengan laki cam gini..lau la aku dapat BF cam gini kan best...tapi ade lagi ke laki cam gini zaman sekarang niy???
Wallahualam..:-| 
by the way jom kite sama2 baca n amik iktibar dari cite niyh..



GF : awak , saya cemburu la kat kawan2 saya ..

BF : cemburu ? kenapa ?

GF : BF diorang selalu bagi hadiah , belikan rantai ,
cincin , baju , bawa diorang jalan2

BF : maafkan saya ye . sebab saya tak mampu nak
bagi semua tu kat awak .
saya tak berharta awak ...

GF : awak jangan la macam ni .. apa awak bagi dah
cukup pada saya .. percayalah ..

BF : tapi awak tetap mahukan semua tu kan ? sama
macam kawan2 awak ?

GF : awak ... maaf .

BF : tak apa la . =]
( suatu hari BF menerima berita bhawa GF telah
kemalangan dan mengalami kecederaan teruk dan
mengakibatkan GF hilang penglihatan .. )

Selepas beberapa minggu .. GF telah sedar dan
telah pulang ke rumah . Dia membaca sepucuk
surat yang di berikan oleh seorang nurse sebelum
GF pulang .

Sayang , maafkan saya kerana selama ini tidak mampu menjadi seorang kekasih
yang terbaik pada awak . Saya tidak mampu berikan kemewahan pada awak . Saya
tak dapat bahagiakan awak dengan kemewahan saya . Sayang , hari ini awak melihat
dan membaca surat ini dengan mata saya . Hanya ini mampu saya berikan pada
awak sayang . Jaga mata ini seperti mana awak jaga diri awak . Dengan mata ini
nanti .. awak akan bejumpa seseorang yang akan menyayangi dan akan memberikansegala yang awak mahukan . Maafkan saya.


 

okeyh..da selesai baca...cmne cite tu?? sedeyy kan?? tapi lau korang ckap cite niy xsedey..mgkin hati korang tu xbrape sensitif la...huhuhu lau cam aku niy nak menitis daa air mata ...huk3 pecah lubang...
ok la guysss tunggu cite yang lain plak ye..cayunx ckit...hahahhaa bye2




Haram Mengucapkan Merry Christmas Bagi Seorang Muslim..

Assalamualaikum..korang tgk x tajuk yang aku kasi kat atas tuh??
daa okeyh..mesti korang ckap nape plak sebut merry christmas niy haram?? kite kan duk kat malaysia dan mengamalkan konsep budaya 1malaysia..kite hanye ucapkan sebagai hormat kite pada orng yang menyambut perayaan tu je..xde lebih2 nye nak sambut..FOR YOUR INFORMATION GUYSSS
hukum menyebut "MERRY CHRISTMAS" tu boleyh membuatkan kite terkeluar dari islam..so cepat2 la kita mengucapkan 2kalimah syahadah...
Ok guys kat bawah niy adalah penerangan sikit tentang kenapa kita x boleh menyebut "MERRY CHRISTMAS"..harap2 ia boleyh membantu kita mencegah daripada menyebut nama perayaan tu...dan sebagai umat islam aku nak kongsikan kepada kamu semua...

Hari Natal disambut sempena kelahiran Jesus sebagai anak tuhan(Allah). Keyakinan ini amat bertentang dengan Islam sebab tuhan (Allah) tidak memiliki anak. Allah menegaskan:
“Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan” [Surah al-Ikhlas, ayat 3]
Apabila seorang muslim mengucapkan “Selamat Hari Natal”, bererti dia mengucapkan “Selamat menyambut kelahiran anak Allah”. Apabila seorang muslim menghadiri perayaan Hari Natal, bererti dia sama-sama meraikan hari kelahiran anak Allah. Semua ini bertentangan dengan sikap seorang muslim yang sepatutnya:
“Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.” [Surah al-Maidah, ayat 2]
Justeru kita sepatutnya bertolong-tolongan menjemput mereka ke agama Islam, bukan bertolong-tolongan meraikan hari kebesaran mereka yang mencerobohi dasar Islam, hingga akhirnya mereka terasa pengiktirafan kita ke atas agama mereka. Semua ini bukan bererti memecah-belahkan rakyat Malaysia. Ini kerana persatuan dicapai dengan masing-masing penganut agama bebas mengamalkan agama mereka, bukan dengan masing-masing penganut meraikan sesuatu yang bertentang dengan agama mereka.
so,apa tunggu lagi jom kita sebarkannya...supaya kita pom tidak turut berdosa...ok ..wasslm..

Datuk Siti All Out Dalam Glam Isu Januari

Assalamualaikum sume...cerita hangattt!! DatO' siti jadi cover depan majalah Glam la...Ala-ala Madonna gitu...cantek sgt2...so lau korang nak tau lebih lanjut jom baca artikel kat bwah niy..:D 

KUALA LUMPUR, 23 DISEMBER 2011: Sudah sekian lama tidak menghiasi muka depan majalah fesyen dan gaya hidup Glam, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza membenarkan dirinya menjadi tarikan untuk isu Januari 2012.

Jauh berbeza daripada daripada biasa, majalah Glam telah berkongsi kegembiraan bersama portal murai.com.my bercerita perihal selera fesyen mustika hati kegemaran ramai itu tanpa melanggar prinsip fesyen peribadinya.

Empat visual terkini Datuk Siti dirakamkan menjadi tatapan semua bagi menghiasi 12 halaman muka surat majalah Glam, bersandarkan tema ikon muzik terkenal, Madonna.

Datuk Siti menjelma menjadi Madonna, sebagaimana album terhebat diva antarabangsa berkenaan, Material Girl, diikuti inspirasi dari album Rain dan juga berubah sebagai wanita Jepun seperti yang pernah dilihat menerusi klip videp Nothing Really Metters.

Siapa sangka, dalam pada Datuk Siti sering ke hulu ke hilir dengan gaya scarf, penyanyi All Your Love itu berubah menjadi karektor Mickey Mouse seperti yang pernah tercerna menerusi potret ikonik rakaman jurugambar hebat, Herb Ritts.

Pengarang atau Editor Glam, Suzie Adnan menulis kepada kepada portal murai.com.my, bahawa Datuk Siti amat menitik beratkan imejnya yang berselendang dan bergaya mengikut kesesuaian majlis.

Katanya, sewaktu penggambaran muka depan majalah berkenaan, Datuk Siti begitu terperinci mengenai cara pasukan kreatif majalah Glam menata gayanya khususnya dibahagian kepala atau rambut.

"Untuk cover Glam, Datuk Siti dipakaikan rambut palsu sepenuhnya malah masih memakai serkup di bahagian belakang kepala.

"Efek grafik dan pencahayaan membuatkannya nampak seakan tidak melitupi langsung rambut. Siti juga tidak memerangkan rambutnya untuk penggambaran ini," katanya yang telah berkongsi rahsia tentang penggambaran berkenaan.

Katanya, idea kreatif transformasi Madonna datang sepenuhnya dari Glam, bagaimanapun itu tidak bermakna Siti berniat menjadikan Madonna sebagai rujukan imej atau muziknya.

Selain tranformasi menarik itu, Datuk Siti turut berkongsi rahsia selera fesyennya yang semakin gemarkan himpunan koleksi Chanel.

Memasuki 2012, dia sudah merencana untuk meluaskan empayar perniagaan kecantikannya, Simplysiti yang mungkin memiliki bangunan sendiri serta keinginannya membuka spa kecantikan untuk semua wanita di luar sana.

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my
Twitter:@Detektif Stailista
Foto oleh Blue Inc Malaysia
Kredit: 

Balik kampung Mintak Cukai (!)

Assalamualaikum....jawb jgn xjwb tau..hik3 tgh buat ape tu??? ape tgh wt budoh je??ha3
korang,korang tau x ape maksudnye tajuk yang aku kasi kat atas tu?? "balik kampung mintak cukai "??
tapi firstly sebelom aku menaip dengan panjang + lebar aku nak korang tau yang aku xla gilerrkan bnde tu sgtt..daaa rezeki kan ...ai niy aku dapat RM 200..1 ratus dari nenek aku dan satu ratus lagi dari ayah tih aku...rase gembira gilerrr sbb jarang je aku dapat duit seratus sekaligus depan mata aku...korang tau aku senyap xterkata tadi..terkejut ingatkan nak bagi 10 ringgit je...tapi 2 ratus...Lumayan jugak bagi aku budak sekolah pastu pulak time nak bukak sekolah niy...Alhamdulilah rezeki datang mencurah-curah selepas dapat result niy...tapikan mesti korang cakap "ala miinah niy dapat 5A 3B je tu nak heboh dalam blog die,aku yang dapat straights A xheboh2 pom"
heiii suka ati aku la niy blog aku,diary aku sape xnak bace pegi main jauh2.. (ayat serius tu..ho3)
gurau je...ikut la korang nak cakap ape...asalkan aku bahagia korang pom bahagia...:)


niy la duit nye..hik3 mesti korang cakap ala ckap dapat 2 ratus tapi yang ade lam gambar  tu hanye 3keping je...ok 4your information duit 50 ringgit tu dah aku guna otw balik rumah n dsbbkan sume lam kereta tu perut dah berbunyi ayah aku pom pegi la kedai makan nak beli nasi n time tu la tiba2 je murah hati nak belanja fmily aku...huhuhuhu so duit 50 ringgit aku tuh kira dah burn la...so tinggal lagi 150 ringgit..
ok..abizzz sal duit aku nak tunjukkan korang kedamaian di kampung aku...bezz gilerrr aku balik kampung tadi daa la angin kat situ kuat sejukk je..rase nak je duk kat situ tapi lupa nak bwak baju..hik3


sejukknye mata memandang kan?? hijau je kite nampak..tapi lau kat bandar habuk je ade...adusshh rase nak je tinggal kat situ..:D
so da alang2 duk kat kampung aku ngn adik aku pom ape lagi duk main n posing2 la kat ats pokok kelapa yang tumbang...huhuuhu lau yang x tumbang rase2 x gilerrr aku nak panjatnye..dah la tinggi,angin pulak kuat...6ti tinggal arwah pulak aku...hik3






aduhh luasnyee mata anak sape la niy...huk3

 aku bersama adik aku...





 main2 atas pokok kelapa...mujur aku xmenggila panjatnye...huhuhuhuu

 niy model pokok kelapa ke apa???:)






 niy adik aku yang bongsu...nape dik blurrr je muka tuh..hehehe







 adik mau terbang ke mane tuh???terbang ke planet marikh ew??



 





 


 



daa tgk?? adusshhh malunye..(malu2 kucing :p) hahaha...bezzz sgt time tuh..bileee lagi aku dapat balik kampung sbb lps niy lau ade rezeki asrama la  jwbnye...kena balik sebulan sekali..:( tapi untuk menggapai cita2 aku aku sanggup...(semangat gilerr niyh ho3)
ok la guyzzz...aku dah mengantuk gilerr niy...so bye2 ye...seen u olzzz dalam other entry..ye..:D