PENGHABISAN STOK T-SHIRT BELLA..

PROMOSI!!! HARGA MURAH...
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI..SEBARKAN..STOK TERHAD SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!
Assalamualaikum sume malam niy aku nak tunjukkan baju tuk korang...Baju niy jenama BELLA...baju yang model2 omputih pakai yang santai je..sesuai dipakai kemana sahaja..baju jenis kain cotton yang selesa dipakai sumpah xpanas...Harga nye aku bagi murah2 je juz (RM 21 SATU HELAI TERMASUK POSTAGE) lau biasanya baju niy dijual pada harga biasa RM 49.90 satu helai tidak termasuk Postage.. So usha2 la ye tgk baju kat bwah niy rugi lau xbeli baju niy untuk penghabisan stok taun niy je...taun dpn kemungkinan dah xde...Saiz lau xpandai pilih kasi tau ok...

HARGA SATU HELAI: RM 49.90 (TANPA POSTAGE) 

 KINI DIJUAL PADA HARGA RM 21.00 (TERMASUK POSTAGE)

JIKA BERMINAT INBOXKAN KE FACEBOOK AZIHA ISMAIL ATAU EMAILKAN KEPADA SITINURAZIHA@YAHOO.COM (STOK TERHAD)
BAJU 1#
AVAILABLE 
Baby Blue-1 HELAI (XTRA LARGE)
Pink-2 HELAI (SMALL)
Turquoise-1 HELAI (LARGE)

BAJU 2#
AVAILABLE

AVAILABLE

White/Black-1 HELAI (MEDIUM)
Baby Blue/Navy-10 HELAI (XTRA LARGE)

BAJU 3#


Baby Blue-1 HELAI (XTRA LARGE)

Berry- 1 HELAI (MEDIUM)

BAJU 4#


Black-2 HELAI (XTRA LARGE)
Lilac (4 HELAI SAIZ SMALL, 1 HELAI MEDIUM)

BAJU 6#
SOLD OUT

Lime Wedge 1HELAI (MEDIUM)
BAJU 7#
AVAILABLE
Pink- 2 HELAI (LARGE,XTRA LARGE)

BAJU 8#

AVAILABLE

Black/Red 2 HELAI (XTRA LARGE)
White/Pink 1 HELAI (LARGE)
White/Red



















BAJU 9#
AVAILABLE
Turquoise 3 HELAI (2 SMALL, 1 LARGE)

PROMOSI!!!! JANGAN LEPASKAN PELUANG...KEEMASAN INI...

Tutorial link warna pelangi

Assalamualaikum...jwb jgn xjwb..he3 penat2 hari niy buat keje rumah skrg duk hadap lappy je hehehehehe n kongsi satu tutor iaitu link warna pelangi korang tau ape itu link warna pelangi??
cuba korang sentuh SINI.. cantik x??? mestila cantik sbb orang yang halakan cursor kat situ pom mesti cntikkan ???hehehhehehehe
rase2 korang teringin nak buat tak?? lau teringin nak bljr cmne buat link niy korang cubatgk step niy ...senang je..

>> Dashboard>Design>tekan HTML/JAVASCRIPT pastu copy and pastekan kod kat bwah niy ke dalam HTML/JAVASCRIPT tu ye..

<script src="http://fwzynn.googlepages.com/rainbow.user.js" type="text/javascript">/*********************************************** * Script edited by Ynn at http://fwzynn.blogspot.com/* Please keep this notice intact***********************************************/ </script>

dah??? save n lihat hasilnya...lau korang suka jangn lupa like n tinggalkan komen ye.. tata

Tutorial border melengkung pada sidebar | Moz border

Assalamualaikum pade sume blogger2 yang sudi membaca entriku ini..hari niy aku nak buat tutorial sal border melengkung pada sidebar...korang tau x ape tu?? tu kat bwh

niy la die tgok melengkung kan??? fungsi border niy tuk mengemaskan lagi bende yang duk kat sidebar kita daripada menyebabkan sidebar kita menjadi xkmas..sterusnya die akan mencantikkan blog kita sekali gus...berminat???? mau buat??? ikut step step niy...

First step:
Dashboard > Design > Edit HTML> Tick expand widget (langkah berjaga2 tuk korang boleh DOWNLOAD FULL TEMPLATE ok) nanti xjdi ngn terisak2 korang nangis..blog jadi huru hara...

pastu step kedua:

tekan serentak CTRL+F tuk cari kod niy

.sidebar .widget {
pastu korang copy kod kat bwah yang aku berikan niy


-moz-border-radius: 10px;-webkit-border-radius: 10px;
border-radius: 10px;
border:4px solid #D41A1F;
pastekan kat bwh kod yang korang cari td...okey..

p/s : kalau xjmpa kod .sidebar.widget {  tu korang cuba taip perkataan sidebar sbb template yang berlainan kod nya tidak sama..

okeyh kalau dah siap preview n savekan kalau xde ape2 error....bye..

Resepi kek lapis ala bollywood

Assalamualaikum...hari niy aku rase nak kasi korang resepi la...Resepi kek lapis ala bollywood gitu ngee~
okey kalau korang rase berminat je nak buat korang tgk step2 yang aku bagi special tuk pembaca2 blog aku sekalian hehehehehehee...


BAHAN-BAHAN

  • 500 gram mentega 
  • 200 gram gula halus
  • 250 gram tepung hong kong
  • 10 biji telur
  • 1 sudu makan ovellete
  • 10 sudu makan susu manis 
  • 100 gram horlicks
  • 50 gram kaya 
  • 1 sudu teh peras vanilla
  • 1 sudu teh pewarna coklat
  • 1 sudu teh pewarna merah
  • 1 sudu teh bewarna hijau 
  • 1 sudu teh pewarna kuning
  • 1 sudu teh perisa coklat
  • 1 sudu teh perisa strawberri
  • 1 sudu teh perisa pandan
CARA-CARA MEMASAKNYA

  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang
  2. Pecahkan telur satu persatu dan teruskan memukul lagi
  3. Masukkan susu,perisa vanilla dan ovellete dan kacau sebati
  4. Masukkan horlicks,kaya dan tepung hong kong. Gaul sebati
  5. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian
  6. Satu bahagian campuran warna coklat dan perisa coklat, satu bahagian warna merah dan perisa strawberri, satu bahagian warna hijau dan pandan serta satu bahagian lagi bewarna kuning
  7. Sediakan loyang 8X8 inci dan bakar lapisan demi lapisan secara berselang-seli hingga ke akhir lapisan.
INFO BAKERI>> Pastikan setiap sudu lapisan dianggarkan dalam 9sudu makan adunan dan menggunakan suhu api mengikut kepanasan oven iaitu 200°C

Tutorial Letak energy saving mode dalam blog

Assalamualaikum...hari niy tiba2 je rase nak buat tutorial sal energy mood sbb sekarang kite mesti berjimat-cermat sikit penggunaan tenaga niy....huhuhuhuu (prihatin skit sal alam sekitar huk3)
ok..korang tau x ape itu energy saving mode?? boleh makan ke bende tu?? sbnrnye...korang pernah tgk x kat blog2 org lau kite biarkan ia beberapa minit ia akan keluar "energy saving mode" lau kita gerakkan cursor baru boleh jadi macam asal...ok kalau korang nak buat korang ikut step yang aku bagi niy...

  1. Pergi ke blogger dashboard--> Design- -> Edit HTML
  2. tekan serentak ctrl+F dan cari kod </head>
  3. Lepas tu korang copy kod kat bawah niy n pastekan kan ATAS kod yang korang cari tadi
<script language='javascript' src='http://www.onlineleaf.com/savetheenvironment.js' type='text/javascript'/>
5.Save template lau xde ape2 maslh korang pergi STEP2 plak..

6.Korang seperti biase pergi Design>Page Elements>HTML/JAVASCRIPT
7.Lpas tu korang copy kod kat bwh niy dan pastekan dalam HTML/JAVASCRIPT

<script language="javascript" type="text/javascript" src="http://www.onlineleaf.com/savetheenvironment.js?time=15"></script>
yang ?time=15 korang boleh ubah ikut mase yang korang nak ok..
lpas tu save dan lihat perubahannya...Jom selamatkan bumi hijau..hohohohohoo

Resepi Ayam masak merah

Assalamualaikum...Hari niy aku nak kongsi satu resepi yang sangat menyelerakan kalau korang xde idea nak buat ape makan tgh hari niy...aku nak ajar korang yang baru belajar masak dan kepada kakak yang baru je kahwin he3 tapi kepada yang da pro nak tgk jugak resepi yang aku kasi niy boley je..Resepi yang aku nak ajar korang hari niy ialah ayam masak merah yang sangat sedapp...heheheheheheeokeyh da sedia??? jom kite mulakan..


BAHAN-BAHAN

  • Satu ekor ayam | digoreng
  • 250ml santan
  • 100ml sos tomato
  •  *200 gram kacang pis
  • *200gram bawang goreng
  • garam dan gula seculup rasa
P/S: tanda(*) bahan untuk hiasan
BAHAN KISAR

  • 15 biji cili merah
  • 5 biji bawang besar
  • 1 labu bawang putih
  • 2cm halia
  • 1cm lengkuas
  • 5 batang serai 
CARA-CARANYA

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing 
  2. Masukkan ayam,tomato sos dan juga santan.kacau rata
  3. Perasakan dengan garam dan gula, biarkan mendidih hingga pekat kuahnya
  4. Hiaskan dengan kacang pis dan bawang goreng
  5. Sedia dihidangkan 

Resepi cup cake Vanilla Sari

Assalamualaikum...
hari niy Chef muda Aziha mau ajarkan resepi kek Cawan mini ...ala yang korang panggil cupcake tu...tapi kek niy aku berikan nama kek mini vanilla sari sebab mmng nama die pun hehehehehee....

BAHAN-BAHAN

  • 200 gram mentega 
  • 200 gram gula halus
  • *175 gram tepung gandum
  • *3/4 sudu serbuk penaik
  • 4 biji telur saiz A
  • 3/4 sudu teh ovellate
  • 1 sudu makan susu pekat
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 150 gram kek fondant berwarna hijau | untuk hiasan
P/S: tanda (*) diayak sekali
CARA-CARA MEMASAKNYA

  1. Pukul mentega,gula,susu dan ovellete hingga kembang dan putih
  2. Masukkan telur satu persatu.Pukul lagi hingga kembang
  3. Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan esen vanilla dan kaup balikkan adunan 
  5. Masukkan ke dalam mangkuk kertas dan letakkan dengan kek fondant yang dibentuk seperti topi.Bentukkan mengikut kreativiti anda sendiri..
Bakar pada suhu 160°C selama 20 minit...daa siap..senang je kan..kalau suka jangan lupa like ye..

Resepi kek teddy bear

Assalamualaikum sume...
hari niy dengan penuh semangatnya aku dapat ilham nak bagi resepi yang menarik untuk korang iaitu kek teddy bear...kek niy sesuai tuk meraikan bezday kanak2 yang kita sayangi... nak tgk resepinya okeyh...tgk kat bawah...


niy die rupa kek teddy bear yang comel...rase terliur plak...hehehehehehehe

Bahan-bahan:
(Untuk kek span vanilla) 

  • *140 gram tepung gandum
  • *20 gram tepung jagung 
  • 130 gram mentega (dicair)
  • 150 gram gula halus
  • 6 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil ovalet
P/S: yang dibuat  (*) dicampur bersama
(Untuk krim mentega)

  •  200 gram mentega 
  • 200 gram krim well
  • 180 gram gula aising
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar coklat emulco

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA..
(Cara penyediaan Kek Vanilla) 

  1. Untuk membuat kek,Putarkan telur bersama-sama gula halus hingga kembang dan putih
  2. Masukkan aising vanilla dan ovalet dan putarkan lagi sehingga sebati
  3.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul perlahan-lahan
  4. Akhir sekali, baru dimasukkan mentega cair dan dikacau hingga rata.Tuangkan ke dalam acuan berbentuk teddy bear dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180°C sehingga masak.
(Cara membuat krim)
  1. Masukkan kesemua bahan kedalam pemutar dan putarkan hingga kembang dan berkrim
  2. Biarkan kek betul-betul sejuk sebelum dihiaskan dengan krim tadi menggunakan nozel khas untuk membuat bulu.


Ke mana hala tuju hidupku selepas niy...

Assalamualaikum sume..korang dapat tgk x muka aku yang pucat niy(pucat bukan sebab sakit tapi pucat sebab duk memikirkan Result PMR)...dapatkah aku menggembirakan hati Kedua ibu bapaku tu la yang slma niy aku duk pikir2...sebab aku pikul tanggungjawab yang sangat besar memndngkan aku anak sulong n adik2 pom sume akan ikut ape yang aku buat..tu la yang menyebabkan aku takut pade diri sendiri mampukah aku mendapat result seperti dibwah niy???



kemungkinan itu ade kot tapi aku rase nipis je...sume bergantung kepada Allah SWT je...aku dah berusaha berlawan dengan EXAM PMR tu dan sekarang mase yang aku xnak tu  dh semakin hampir dan hampir menyebabkan aku selalu mimpi ngeri yang bukan2...korang tau x ??beberapa minggu yang lepas aku ade isi 2borang 1borang untuk masuk Sekolah Asrama Penuh dan satu lagi aku amik borang sekolah Teknik Vokasional.. Kalau aku boleh dapat result baik aku akan pergi sklah asrama penuh dan amik bidang sains tulen untuk jadi
seorang doktor kerana aku minat science...
tapikan layakkah aku???
aku sendiri pom xtau..kalau boleh alhamdulilah bersyukur kepada ilahi tapi  kalau aku xdapat nak wt cmne...ade satu lagi peluang jadi chef..."hahahhahaha umi aku ketawa bolehkah kak long jadi chef"???
aku pom terdiam tapi aku bukak mulut jugak n cakp kat umi aku"umi niy xsupport langsung kakak nak jadi chef" lepas tu mak aku pom cakap bukan xsupport cuma xyakin la...xpi lps tu umi aku ckap lagi umi akan support ape yang kakak buat asal die boleh memberikan kebaikan pade mase yang akan datang" aku terkedu bertambah lagi kegusaran dhati...bolehkan aku jadi macam niy???

seorang chef yang bekerja di hotel2 besar dan mewah??? aku pom xtau jugak..bulan 12 da dkt result semakin hmpir aku xsanggup nk lihat result aku itu....hua3hua3...nak nangis rase...
andai dapat aku jadi budak drjh satu balik alangkah gembira kerana tidak memikirkan mase depan lagi...cukup dulu la entri2 aku niy...sebab xderk mood la...bye wasslm..

Tutorial buat Linkwithin

Assalamualaikum rase rindu plak coz lame xbuat tutorial niy...so ai niy dengan penuh semangat aku buat tutorial 4new blogger cam aku hik3... nak tau ape itu linkwithin new blogger...here u see ok

niy lerr org panggil linkwithin ...aku buat niy sbb ade request dari seorang new blogger:

Sebenarnya die dah lame request tapi aku bz sikit...heheheheehehe sori yak bukk..:D
korang tau x kebaikan linkwithin niy ape?? kebaikannye ialah ia dapat meningkatkan pageview dalam blog kite tau.. so klau korang nak buat niy korang juz ikut step yang aku bagi kat korang
first..korang mesti pergi kat linkwithin niy
lpas tu korang pom akan jumpa cmni

n korang juz isi ape yang ditanya dan tekan button niy yang platform tu as blogger k..width tu kalau macam aku punyer aku buat 4stories cantik sikit...hihihihihi


lpas tu plak korang akan lihat die akan kluar mcm niy kan


Title tu korang boleh ubah kepada tajuk yang korang nak.. pastu tekan ADD WIDGET..lepas tu orang akan dapat lihat cmni plak
okey lagi x?? kalau ok lagi korang tgk kat gambar tu amik linkwithin yang duk kat sidebar tu n drag dan letakkan bwah blog post..pastu akhir sekali preview n save...mudah je kan??? tepuk tangan untuk diri sendiri..yey..


CONTEST BLOG SUPERAWSOME BY SHA AND SHAFIQAH

Assalamualaikum..
hai..hai..hai aziha ismail disini he3..(macm DJ xberbayar plak)
ai niy aku bukak je blog aku niy n mata aku terus terpandang banner kat bwah niy yang cantik molek bak kato ore klate...hehehehe
Photobucket
niy la bannernyer...korang nak tau x sbb ape aku ckap banner niy cantik molek??? the reason is Warnanye gee~ PINK gitu lol....peace cover2 nanti org panggil Budak pink plak..da la dalam  fessbukk orang panggil camtu...Ok berbalik pade asal korang tau lepas je aku tgk banner niy hati aku dengan penuh rase semangat nak masuk contest niy sebab selama niy aku xpernah tau masuk contest2 yang macam niy rase ade je peluang sume nak diredah masuk je...aku xkisah pom kalau kalah sbb aku pom masih new blogger kat sini xbyk aku tau..tapi hati tetap berharap untuk MENANG!!! yach don't Give up ziha tunjukkan pade diorang kamoo pom boleh masuk contest niy n kalau ade rezaki kamu jugak boleh menang..XD..
Annoucements!!! Announcements!!! Sape2 yang nak masuk contest niy korang mesti memenuhi syarat2nya...biasela nak makan pom ade syarat kan...he3 okeyh lau korang nak join skli contest niy korang tgk kat bawah SYARAT2 nye..

WAJIB follow blog Freaking Twins danSidekick Weirdo
Add Sha dekat fbiee
Warganegara Malaysia.
Tidak kira jantina, tapi hanya LELAKI dan PEREMPUAN.
Letak tajuk contest : CONTEST BLOG SUPERAWSOME BY SHA AND SHAFIQAH

dan syarat2 selanjutnya korang boleh tekan je kat banner contest tu..okey??
aku syorkan kat korang masuk ye sbb contest niy bagi aku jarang2 je ade..N jangan lepaskan peluang keemasan niy...tata

Anda Ditag :Waney Shumak
Lovely Shafa
Nur Halimatun

"GIVEAWAY : IRINE NADIA nak kasi MIRACLE TAB for FREE!"


Assalamualaikum sume hari niy aku nak memperkenalkan satu produk yang dipromotkan oleh Irine Nadia..Produk niy banyak keistimewaannya..Sebab tu la aku masuk contest yang Irine Nadia buat..
nak tgk ape itu "MIRACLE TAB" korang tengok kat bawah niy okey???

niy la produknye..kalau korang nak masuk jugak contest niy tekan SINI  kepada Kak Irine..saye masuk contest niy sebab saya nak sangat2 produk ini kerana produk niy banyak keistimewaannye terutama dari segi masalah kulit yang dialami oleh para wanita sekarng..ia juga dapat melindungi kulit wajah kita daripada sinaran UV yang boleh merosakkan kulit kita..
Selain itu..Sebab kerana saya ingin masuk contest ini juga kerana saya yakin dengan mutu produk ini selain halal ia juga mempunyai banyak kelebihan salah satunya ia dapat membantu menghilangkan jeragat dan mengecilkan liang roma sekali gus dapat membuang toksin dalam badan..Bak kata pepatah " benda yang baik lebih baik dikongsikan??"..Saya juga menginginkan produk ini disebabkan banyak pengguna yang telah berjaya memulihkan wajah mereka yang bermasalah teruk dan sekarang masalah itu telah tiada..Dalam masa yang sama ia juga dapat digunakan oleh para ibu yang menyusukan anak dan juga boleh dimakan dalam tempoh haid tanpa ada perasaan was-was kerana produk ini tiada kesan sampingan oleh sebab mengandungi kompoun murni seperti vitamin, dan tidak dicampur dengan asas lain seperti dari sumber2 binatang..Akhir kata,saya berharap dapat memenangi contest niy dan seterusnya dapat meluaskan lagi penjualan produk yang kak irine jual niy kepada keluarga,sanak saudara dan jiran2 yang berada di negeri saya iaitu negeri Kelantan,Darul Naim.
NOTA KAKI : kak irine sye baru umo 15tahun taun depan form4 jadi kalau ade rezeki saya menang saya bukan guna kat saya tapi saya kasi mami saya pakai..he3..takut2 kat irine ckap budak xboleh menang contest niy..peace XD
WASSALAM..:)